Day 3
BUKHARA
Lawatan di Bukhara:
• Ark of Bukhara: Kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang
masyhur di dalam Laluan Sutera yang dibina sejak abad ke-4 lagi oleh
Putera Parsi Siyavusha dan di dalamnya terdapat istana, pasar, muzium
dan Arslan Khan Mosque yang dibina pada 1119.
• Menziarahi kompleks makam diraja Samanid Mausoleum yang dibina
seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Nabi Ayub yang dibina pada abad
ke-12 untuk melindungi telaga Nabi Ayub di dalamnya.
• Menziarahi Bolo Haouz Mosque yang dibina sebegitu indah pada
tahun 1712.
• Lyabi-Khauz Ensemble: Merupakan sebuah kawasan yang terdiri dari
3 buah bangunan utama iaitu Kukeldash Madrasah dibina pada 1568,
Nadir Divan-Begi Madrasah pada 1619 dan Nadir Divan-Begi Khanqah
(yang merupakan tempat perkumpulan ahli sufi) pada 1622.
• Poi Kalan Complex: Sebuah dataran ikonik dan bersejarah di kota ini
kerana dibina sejak tahun 1121 lagi, yang menempatkan 3 buah bahagian
utama iaitu Kalan Mosque, Kalan Minaret dan Miri Arab Madrasah.
• Masa bebas untuk membeli-belah di sekitar kawasan Old Town Bukhara.
Bermalam di Bukhara.