Day 6
SAMARKAND - TASHKENT
• Registan Square: Merupakan dataran yang paling ikonik mewakili negara
ini dan kawasan terpenting bagi kota kuno Samarkand yang berusia sama
tua dengan kota Rome dan Babylon. Dataran ini menempatkan 3 buah
bangunan iaitu Ulugh Beg Madrasah yang dibina pada 1417, Sher-Dor
Madrasah yang dibina pada 1619 dan Tilya-Kori Madrasah pada tahun
1646, selain di sini terdapat juga Mausoleum of Shaybanids.
• Shah-i-Zinda Ensemble: Sebuah kota yang merangkumi kediaman,
pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina
sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan
milik saudara Rasulullah SAW, Kusam ibn Abbas yang datang ke kota ini
pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam.
• Menziarahi Bibi-Khanym Mosque yang dianggap sebagai khazanah
terpenting di Samarkand dan salah satu masjid yang tercantik di dunia
yang dibina pada 1404.
• Masa bebas untuk membeli-belah di Siab Bazaar yang terkenal dengan
pelbagai jenis kacang dan buah-buahan kering yang terletak berhampiran
dengan Bibi-Khanym Mosque.
• Amir Temur Mausoleum: Makam Timur, juga dikenali sebagai Gur-e-Amir,
ialah makam penakluk Turco-Mongol Timur (Tamerlane). Makam ini
menandakan tempat peristirahatan terakhir Timur, anak-anak lelakinya,
dan cucu-cucunya.
Menaiki keretapi dari Samarkand ke Tashkent.
Lawatan di Tashkent:
• Tashkent Magic City merupakan taman hiburan moden yang
menawarkan pelbagai tarikan bertema dengan suasana yang menarik
dan sesuai untuk semua pengunjung.
Bermalam di Tashkent.