Day 5
SEOUL - INCHEON
• Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di
Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit
antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong
Diraja Jongmyo.
• Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam
COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan
lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
• Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di
Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan
ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama
dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
• Membeli-belah di Cosmetic Shop.
• Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup
Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto
Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya
berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang
menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
• Hongdae Shopping Street, tempat tumpuan popular untuk remaja dan
pelancong. Dapat melihat persembahan busking dan terdapat pelbagai
jenis kedai pakaian, aksesori dan kosmetik, serta kafe hipster.
Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur.